Pages

Thursday 23 June 2011

Kumpulan Muzik Era Rock Kapak......BLOODSHED

...kumpulan ini di asaskan pada tahun 1985 dan berasal dari kajang,Selangor.Kumpulan ini adalah antara pelupor Battle Of The Band bersama sama dengan kumpulan S.Y.J , ELLA and The Boys , RAHIM MAAROF and Whitesteel dan Lefthanded. Susulan itu mereka telah di lamar oleh syarikat rakaman gergasi ketika itu EMI Records.
Album pertama kumpulan ini di terbitkan pada tahun 1987 berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" di terbitkan oleh M.Sharif. Album ini bertemakan Heavy Metal. Selepas album ini lahir pula album kedua yang di terbitkan oleh M.Nasir. Album ini di beri judul "Samarkand" dan di dalam album ini terdapat satu lagu yang telah menjadi hit iaitu "Srikandi Cintaku".

Tidak lama selepas itu,Rosdan Baharum telah meninggalkan kumpulan ini dan menubuhkan satu kumpulan baru yang memainkan muzik Trash Metal iaitu kumpulan Punisher. Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah untuk mencari pengganti Rosdan dan pada tahun 1989 mereka telah mengambil seorang penyanyi baru iaitu Mohd Farid Ali dan nama kumpulan ini telah di tukar kepada "BLACKSHED". Kumpulan Blackshed melahirkan album pertama mereka yang berjudul "Villa Misteri" dan ini juga adalah album terakhir kumpulan ini. Lagu terbaik Blackshed adalah Menggengam Bara tapi malangnya selepas itu kumpulan ini berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Akan tetapi dalam tahun 2008 kumpulan BLOODSHED telah membuat penyatuan dan kembali bersaing dalam industri muzik tanahair dengan line up baru.

Vokal       - Hakeem
Gitar         -  Mohd Hamdan Mohd Yusof
Bass         -  Joe
Drum        -  Hamdan Ahmad
Keyboard - Azizul Azman Abd Aziz

Bermula 2009 kumpulan Bloodshed telah mengadakan live show pertama di Batang Kali,Selangor dan bermula lah era baru bagi kumpulan Bloodshed.

Kumpulan Muzik Era Rock Kapak....SOFEA

...yang ini pula sebuah kumpulan yang penuh kontroversi pada era mereka dulu..kumpulan yang aku maksudkan ialah kumpulan SOFEA. Kumpulan ini berasal dari Ipoh,Perak. Di tubuhkan pada tahun 1983 dan menggelarkan diri mereka senagai S.Y.J mengambil sempena nama pengurus mereka iaitu saudara Syed Yusof Jamalulail. Nama mereka di tukar kepada Sofea selepas lahirnya album Battle Of The Band pada tahun 1986.
Kumpulan ini sering menimbulkan kontroversi dengan lirik lagu mereka yang "panas" seperti dalam lagu "mata sepet","hati syaitan","anak liar" dan banyak lagi. Di samping itu cara mereka berpakaian juga pernah menimbulkan rasa tidak senang pada sesetengah masyarakat ketika itu. Kumpulan ini menyertai Battle Of The Band pada tahun 1986 dan semasa ini kumpulan ini tidak di uruskan oleh Syed Yusof Jamalulail. Ketika ini lah mereka menukar nama daripada S.Y.J kepada SOFEA. Nama ini telah di ilhamkan oleh salah seorang anggota kumpulan ini iaitu Man Rani bersempena dengan nama salah seorang peminat fanatik kumpulan ini yang bernama "Julie Sofea".
Album pertama mereka di keluarkan pada tahun 1987 dan di beri judul "Kembali" Album ini di keluarkan oleh Warnada Sdn Bhd. Setahun selepas itu mereka di berikan peluang untuk album ke dua dan muncul lah album "Anak Liar". Untuk album ini,berlaku pertukaran anggota bagi kumpulan ini. Pemain drum,Nahar telah di gantikan oleh Ujang dan pemain gitar, Zam telah di gantikan oleh Fancy. Man Rani juga telah menyumbangkan suara di dalam album ini. Bagaimanapun pada tahun 1989,Nahar telah menyertai semula kumpulan ini sebagai pemain drum dan mereka telah melahirkan album yang di beri judul "Boneka dan Pentas".Album terakhir mereka ialah "Mimpi dan Airmata" yang di keluarkan pada tahun 1992.

Kumpulan Muzik Era Rockk Kapak...

Assalammualaikum semua...selamat bertemu kembali...dah seminggu aku tak update bahan kat sini..hari ni aku nak kongsikan beberapa kumpulan muzik semasa era rock kapak dulu..Aku mulakan dengan kumpulan RUSTY BLADE.
Kumpulan Rusty Blade berasal dari SINGAPURA.Kumpulan ini melahirkan album pertama mereka pada tahun 1985 yang bertajuk 786 Ikrar Perwira.
Kumpulan ini pada asalnya di anggotai oleh Yantzen sebagai penyanyi,Khalid Mubin dan Mamat sebagai pemain gitar,Razak bermain bass dan Zan selaku pemukul drum.Keunikan muzik mereka telah membuatkan para peminat melebel kumpulan ini sebagai "Iron Maiden" Singapura.
Album kedua kumpulan ini pula telah di keluaran pada tahun 1986 dan di terbitkan oleh Razzi .M (bekas pemain gitar Black Dog Bone)Dalam album ini Mamat tidak lagi bersama kumpulan ini.Tempat Mamat telah di gantikan oleh Izad sebagai pemain gitar kedua.Album ini telah menaikkan nama Rusty Blade dan terjual melebihi 100,000 unit.Selepas album ini keluar dan mendapat sambutan di luar dugaan,kumpulan ini mula mengorak langkah dengan membuat beberapa siri konsert jelajah dan konsert pertama kumpulan ini telah di adakan pada tahun 1987 bertempat di Stadium Indra Mulia,Ipoh Perak.
Selepas itu mereka mengadakan konsert di Johor Bahru dan seterusnya di Kuala Lumpur.Semasa di Kuala Lumpur sambutan dari para peminat adalah di luar dugaan dan pehak media menyifatkan konsert di Kuala Lumpur sebagai antara konsert terbaik yang pernah di adakan di Kuala Lumpur.Semasa Road Show ini Izad tidak bersama kumpulan ini dan tempatnya telah di gantikan oleh Md. Noor Hendrix.
Pada tahun 1988 sekali lagi kumpulan ini di beri peluang untuk merakamkan album.Kali ini album kumpulan ini di beri tajuk "BERAT".Ianya merupakan album yang betul betul heavy dan bermutu.Tidak berapa lama selepas itu,pemain bass kumpulan ini iaitu Razak telah meninggalkan kumpulan ini.Kumpulan ini mula mencari pengganti baru dan ramai yang telah mencuba nasib untuk menyertai kumpulan ini.Akhirnya Rusty Blade telah memilih Mann Karen(bekas anggota kumpulan Rockers)sebagai pengganti Razak.Pada tahun 1989 kumpulan ini melahirkan satu lagi album yang di beri tajuk "AWAS".

Friday 17 June 2011

Aku Masih Di Sini

Assalammualaikum rockers semua...
Sebelum aku teruskan dengan bahan baru di halaman ini,izinkan aku memohon maaf kerana lama tak jenguk blog aku ni...sebenarnya aku sebok dengan macam2 benda sampaikan tak de  masa langsung nak buka blog ni...
Kali ni biar aku bercakap sikit mengenai dengan dua buah acara yang bakal menyusul pada bulan Jun dan Julai ini.Acara pertama ialah Persembahan Ramli Sarip Di HARD ROCK CAFE,Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur.Persembahan yang bertemakan TENAGA,SEMANGAT DAN BUNYI akan berlangsung pada 19hb Jun 2011 mulai jan 10:30 malam.Bagi yang berminat,boleh lan memenuhi ruangan yang terhad di sana dengan kemasukan tiket berharga RM60.

Acara yang kedua pula ialah Konsert 2 Raksasa Sweet Charity dan Blues Gang yang akan di adakan di Stadium Merdeka pada 9hb Julai 2011.Untuk konsert ini,tiket adalah RM73. Bagi yang lebih berkemampuan pula boleh lah mendapatkan tiker berharga RM500 yang membolehkan pemilik tiket tersebut menerima layanan VIP dari kedua dua kumpulan ini pada malam konsert tersebut.Berbagai hadiah di adakan untuk para peminat yang datang menyaksikan konsert ini nanti.

Lepas ni izinkan aku ceritakan serba sedikit mengenai dengan kumpulan otai ini (Sweet Charity)...aku nak isi perut kejap...tunggu akun lepas ni...chawwww

Thursday 9 June 2011

Yang ini pulak aku nak perkenalkan seorang penyanyi wanita yang menyanyikan lagu lagu rock. Orang yang aku maksudkan ialah Alfira. Beliau pernah mempunyai single pada tahun 1997 yang bertajuk "Tapi Kau...". Ini di ikuti dengan satu album yang berjudul "Alfira" pada tahun yang sama. Di samping menyanyi,beliau juga adalah seorang pencipta lagu dan penulis lirik.






Yang ini pulak aku sendiri tak tau ke mana menghilangnya kumpulan ini. Nama kumpulan ini "ALFA" dan pernah menghasilkan satu album pada tahun 1991 yang bertajuk  "Wajah Seribu Erti".




Kumpulan ini pula aku rasa memang ada pengikutnya. Penyanyi kumpulan ini ialah Azmir atau lebih di kenali sebagai Amir Ukays. Pemain Gitar kumpulan ini pula iaitu Hafizi pernah menyertai kumpulan Classmate. Lain lain anggota ialah Lufi sebagai pemain Bass dan Isham bermain Drum. Kumpulan ini pernah mempunyai satu album pada tahun 1991 yang di beri judul "Palestin".

Kumpulan kumpulan muzik dulu dan sekarang

lama sungguh aku tak buka blog aku ni...kadang kadang tu memang malas sangat nak menulis..dah la masalah banyak sekarang ni..tapi ari ni aku tak kira,apa jadi pun aku tetap nak tambah sesuatu kat sini..
Aku tau yang korang dah masak sangat dengan nama nama kumpulan muzik dari era rock kapak dulu hingga lah sekarang..itu bagi yang tau tapi macammana pula bagi mereka yang tak tau..?  Hari ni aku kongsikan beberapa kumpulan yang ada di antara mereka ini dah tak tau kemana peginya...
Kalau korang tengok betul betul gambar nostalgia kat sebelah tu,agak agak korang tau tak kumpulan apa tu?Itu lah kumpulan ABABIL...Nama asal kumpulan Ababil ialah HISTORY dan penah juga menggunakan nama BIL...di anggotai oleh Ajid sebagai penyanyi,Sham bermain Bass dan Ramdan bermain Drum.

Wednesday 1 June 2011

Okey..aku nak sambung balik mengenai kumpulan Bloodshed. Berkat Kesabaran dengan memegang amalan Perjuangan,Pengorbanan,Kesetiaan dan kegigihan
kumpulan ini telah di beri peluang untuk menghasilkan album solo berkumpulan oleh syarikat gergasi EMI. Lebih membanggakan,kumpulan Bloodshed telah menjadi kumpulan muzik rock berat yang pertama bernaung di bawah bumbung EMI. Album kumpulan ini yang pertama ialah Illusi Sebuah Mimpi di terbitkan pada tahun 1987. Album ini megenegahkan lagu lagu hits mereka yang di ambil dari siri konsert bergerak Battle Of The Bands seperti lagu Nostalgia Rindu dan lagu Manusia dan Janji. Mereka juga mencipta lagu hits terbaru iaitu Illusi Sebuah Mimpi yang juga di jadikan judl kepada album pertama mereka ini. Album ini di terbitkan oleh M.Shariff manakala susuran muzik di buat sepenuhnya oleh Bloodshed.
                                                               Line-up Album Illusi Sebuah Mimpi
                                                               Penyanyi   - Rosdan Baharom
                                                               Gitar         - Mohd Hamdam Mohd Yusoff
                                                               Bass         - Rawita Md Shah
                                                               Drum        - Hamdan Ahmad
                                                               Keyboard - Azizul Azman Abd Aziz

Apabila muncul pula album yang ke dua,ada peristiwa yang terjadi kepada kumpulan ini...kalau nak tau apa kah peristiwa tersebut,nantikan pada penulisan yang akan datang..sehingga berjumpa lagi pastikan anda terus menyokong industri muzik rock tanahair dengan membeli album asli dan bukannya album cetak rompak..


SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN BLOODSHED


Dah dua hari aku tak jenguk laman blog aku ni..ni pun tetiba je lepas solat subuh aku dapat ilham untuk menulis sesuatu di sini..aku rasa ada baiknya kalau aku kongsi dengan rakan rakan rokers semua mengenai sejarah penubuhan satu kumpulan rock yang pernah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kumpulan gergasi yang lain seperti Wings,Search,MAY dan Lefthanded..Kumpulan yang aku maksudkan ialah kumpulan BLOODSHED.

Sejarah awal penubuhan kumpulan ini bermula pada awal 80an lagi. Pada ketika itu,kumpulan Godbless dari Indonesia dan kumpulan Sweet Charity dari Singapura menguasai muzik rock di nusantara ini.
Kumpulan Bloodshed adalah merupakan hasil gabungan daripada dua buah kumpulan rock iaitu kumpulan Petrol dan kumpulan Speed Sound. Pada masa itu kumpulan Speed Soung di anggotai oleh Rozawir Tony,
Fakrurazi Sulaiman dan Rawita. Manakala kumpulan Petrol pula di anggotai oleh Mohd Hamdan Mohd Yusof,Hamdan Ahmad,Azizul Azman Abd Aziz dan Ahmad Zaini Abd Aziz.

Pada awalnya kumpulan ini tertubuh dengan jumlah enam orang ahli utama iaitu dua orang anggota kumpulan Pertol iaitu Hamdan Mohd Yusof selaku pemain gitar utama dan Azizul Azman Abd Aziz(Judy) pemain keyboard,tiga orang anggota kumpulan Speed Sound iaitu Rozawir Tony (Ross) pemain drum,Fakrurazi Sulaiman (Razzey)pemain gitar kedua dan Rawita (Awi) pemain bass dan seorang anak muda dari perak yang bernama Rosedan Baharom selaku penyanyi.

BAGAIMANA KUMPULAN INI MENDAPAT NAMA BLOODSHED..?

Pada awalnya nama kumpulan ini di ilhamkan sewaktu kumpulan ini mendapat tawaran bermain di sebuah kelab di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur. Anggota kumpulan Speed Sound tidak mahu menggunakan nama kumpulan Petrol dan begitu juga sebaliknya bagi anggota kumpulan Petrol. Setelah berbincang sesama mereka akhirnya mereka telah bersepakat untuk memberikan satu nama baru bagi kumpulan mereka.
Rozawir telah mencadangkan supaya menggunakan nama "The Blood" yang bermaksud "darah" namun ahli kumpulan yang lain merasakan nama itu masih tidak sesuai dan tidak mantab. Azizul Azman Abd Aziz telah mencadangkan supaya di tambah perkataan "shed" untuk di sambung pada perkataan "blood" itu. Cadangan ini telah di persetujui oleh semua ahli dan lahirkan nama baru bagi kumpulan ini iaitu "BLOODSHED" yang membawa maksud "Pertumpahan Darah".

Bagi anggota kumpulan ini "Pertumpahan Darah" juga membawa maksud perjuangan,pengorbanan,kesetiaan dan kegigihan. Ini lah yang menjadi inspirasi dan pegangan setiap anggota kumpulan Bloodshed. Kelab Rock Red Rooster menjadi tapak awal bagi kumpulan ini memperkenalkan diri ke dalam industri muzik tanahair dan dengan kehebatan bakat,penampilan yang hebat dan muzik yang jitu,kumpulan ini telah mula mendapat tempat di hati para peminat muzik rock tanahair dan sedikit sedikit telah mengumpul peminat dan pengikut setia. Lagu lagu dari kumpulan Dio,Van Helen,Night Ranger,Loudness dan ACDC adalah di antara lagu yang menjadi pilihan kumpulan ini ketika membuat persembahan.

Setelah beberapa lama bermain di Kelab Rock Red Rooster,kumpulan ini telah di tawarkan untuk bermain di Hard Rock Cafe Damansara. Malangnya Ross dan juga Razzey telah mengundurkan diri dari kumpulan ini. Tempat mereka berdua telah di ganti oleh Hamdan Ahmad(drum) dan Ahmad Zaini AbdAziz(Mike) selaku pemain gitar kedua. Bloodshed secara konsistan terus mempersembahkan muzik yang baik dan hebat dan terus mendapat perhatian dari para peminat serta mampu bersaing dengan kumpulan yang sedia ada seperti Search,Wings,Lefthanded dan banyak lagi waktu itu.

Begitu lah sedikit sebanyak awal mula pertama mula penubuhan kumpulan hebat ini. Sebenarnya masih banyak info untuk di kongsi mengenai kumpulan Bloodshed ini namun perut aku ni dah mula intro lagu slow rock. Sebelum perut aku ni sampai tahap hard rock,izinkan aku pekena nasi lemak berlauk dan milo panas dulu. Kita jumpa lagi di lain waktu.....assalammualaikum