Pages

Tuesday 8 May 2012

Dalam Kenangan.....
Untuk slot Dalam Kenangan ini,izinkan saya mulakan dengan mengenang seorang pemain keyboard yang pernah bersama dengan kumpulan Sweet Charity yang telah pun kembali ke rahmatullah.

Masrom Abd Hamid(sut hijau no 2 dari kanan)

Masrom,atau lebih akrab di panggil Yong mula menganggotai Sweet Charity pada 1980 iaitu sebaik saja kumpulan ini muncul dengan album kedua mereka yang berjudul Pelarian.Masrom di perkenalkan kepada Sweet Charity oleh pemain Bass kumpulan ini iaitu Allahyarham Syed Hassan untuk menggantikan AJ yang pada masa itu berhijrah ke Brunei.Penyertaan beliau ke dalam Sweet Charity adalah kerana perasaan cintakan bidang muzik.Sewaktu bersama Sweet Charity,Masrom sentiasa turun berlatih bersama walaupun tiada undangan persembahan.Walaupun populariti Sweet Charity amat popular ketika itu,Masrom tetap bekerja di sebuah bank di Singapura.Dia begitu komited trhadap tugas sebagai pegawai bank dan dalam masa yang sama menjalani latihan bersama Sweet Charity.Pada tahun 1983,dia mengucapkan selamat tinggal kepada Sweet Charity apabila AJ kembali menyertai Sweet Charity.Masrom pernah berkata yang muzik yang di mainkan nya banyak di pengaryhi oleh kumpulan Deep Purple dan Led Zappelin.

Masrom Abd Hamid meninggal dunia pada usia 59 tahun setelah terbabit di dalam kemalangan jalan raya pada petang sabtu 11 Dis 2008 di lebuhraya Utara Selatan berhampiran Johor.Semuga rohnya di tempatkan di kalangan orang prang yang beriman...AMIN





Monday 7 May 2012

Gitarist terbaik Malaysia  (bahagian 4)


Zainal Rampa

Beliau bertanggungjawab menubuhkan kumpulan Search.






Di sebalah kiri ini ialah Mukhlis.Gitaris kumpulan Kris









Zulkifle Abdullah

Yang di atas ni aku rasa ramai yang kenal.Joe Burnmark atau Joe Jasad Liar.Terkenal bersama kumpulan Burnmark di zaman Juara Juara Rock.Berasal dari Johor dan mempunyai identiti tersendiri.Joe juga adalah gitaris pertama yang merakamkan album gitar solo secara instrumental menerusi album "Joe Jasad Liar" pada tahun 1991.






Yang ini pulak ialah Awang BPR atau nama sebenarnya Norzaini Mohd.Di kenali juga sebagai komposer dan penerbit album.Banyak lagu lagu beliau telah di pertandingkan di dalam rancangan Muzik Muzik terbitan stesen penyiaran TV3














Rohaizar Ramli atau lebih di kenali sebagai Ija Medcine dan berasal dari Negeri Sembilan















Ini pula ialah Razli Hussain gitaris kumpulan Desire










Saturday 5 May 2012

sambungan Gitaris Terbaik Malaysia Bahagian Ke - 3





Pernah menjadi gitaris kumpulan Meet Group dan Headwind.Album solo beliau ialah "Misteri,Air,Api dan Angin"
yang do terbitkan pada tahun 1990


Zulkifli Kassim @ Zulkif














Kid & Din

Dua orang adik beradik yang berasal dari Johor.Kebolehan dan kehebatan mereka bermain gitar memang tidak boleh di sangkal.Berganding di dalam satu kumpulan iaitu Search.Hamzah bin Mohd Taib atau lebih di kenali sebagai Kid pernah menyertai kumpulan Gersang.Mengambil alih selaku pemain gitar utama kumpulan Search apabila Hillary Ang keluar dari kumpulan Search.Nordin Bin Mohd Taib pula adalah pemain gitar kedua kumpulan Search.Kedua dua mereka mempunyai seorang lagi saudara kandung yang bermain gitar(gitar Bass) yang bermain untuk kumpulan Kris.





Di sebelah kanan ini pula ialah Umarul Mahdzar Embong.Panggilan yang sering di gunakan ialah Umarul dan adalah gitaris kumpulan Iklim.
Selain bermain gitar,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu dan antara lagu ciptaan beliau ialah, Gerhana Cinta Luka dan Blues Terengganu Kita.









Shahrulhadi Bin Sallehudin

Di kenali sebagai Shahrul dan berasal dari batu pahat,Johor.Pernah menyertai kumpulan Eka dan kemudiannya menjadi pemain gitar utama kumpulan Ekamatra.Mempunyai teknik bermain gitar tersendiri.





Ini pula ialah Khairul Anuar Sharif atau lebih di kenali dengan panggilan Karl.Pemain gitar kumpulan Cromok iaitu kumpulan muzik trash terunggul di Malaysia.
















Friday 4 May 2012

GITARIS TERBAIK MALAYSIA BAHAGIAN KE-2


Abdul Zamin Bin Abdul Kadir

Lebih mesra dengan panggilan Joe.Beliau adalah pemain gitar utama kumpulan Wings dan pernah menyertai kumpulan Scandals.Beliau juga adalah anak kelahiran Johor dan menyertai Wings menggantikan Sham sebagai pemain gitar utama bermula daripada album :Hukum Karma" pada tahun 1988.
Nama yang sering di sebut oleh para peminat rock ialah Opie dan ada yang tak tau nama sebenar gitaris ini.Opie adalah anak didik Hamdan semasa mereka sama sama menyertai kumpulan Bloodshed satu ketika dulu.Setelah Hamdan meninggalkan Bloodshed,Opie mengambil alih menjadi pemain gitar utama kumpulan Bloodshed.Beliau adalah seorang gitaris yang penuh dengan kreativiti.











           Saufi Ghazali




Yang di sebelah kanan ini pula adalah satu satunya gitaris yang
bukan berbangsa melayu.Di kenali sebagai Hillary Ang.Beliau
adalah pengasas dan anggota asal bagi kumpulan tersohor Malaysia iaitu SEARCH.Ramai artis artis terkenal menggunakan
khidmat beliau sebagai sessionist dalam pembikinan album 
masing masing seperti Hattan,Ella dan juga kumpulan Amuk.
Anak kelahiran Johor ini juga mempunyai album gitar solo yang
di beri nama "Rock Dalam Dilema" yang di terbitkan pada tahun
1990 dan album "ZZ" (1994).

                                                                                                     
                                                                                                                          


                                                                                                                           
                                                                                                                                        
Hamdan


Lebih di kenali sebagai Hamdan Bloodshed atau Hamdan Reko.Beliau adalah seorang pemain gitar yang di segani ketika zaman Battle Of The Band dan pernah memenangi anugerah "Pemain Gitar Terbaik Battle Of The Band"pada tahun 1985.
GITARIS TERBAIK MALAYSIA BAHAGIAN  1

Rosli Muhalim

Berasal dari Singapura dan merupakan pemain gitar utama kumpulan Sweet Charity.Kini beliau menjadi pemuzik bebas dan juga sessionist bagi album artis artis di studio Singapura mahupun di Malaysia.Beliau pernah di nobatkan sebagai gitaris terbaik dunia era 80an.

Lan Hashim

Di kenali juga dengan panggilan Lan Gamma atau Lan Ambong.Pernah menganggotai kumpulan Urgent dalam album Wajah Mistikal(1988).Selepas itu beliau menyertai kumpulan Gamma dalam album Suara Pasrah(1989)

Abdul Rahman Bin Mahmood

Lebih di kenali dengan nama Man Kidal kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri.Beliau mula bermain gitar ketika berumur 10 tahun.Boleh lah di anggap sebagai otai dan sebab itu beliau kerap menjadi rujukan bagi kebanyakan gitaris muda atas sebab pengalaman dan komitmen yang beliau miliki.Anak kelahiran johor ini pernah menyertai kumpulan Search sebelum menjadi gitaris utama kumpulan Lefthanded.

Abdul Samad Mian

Meninggal dunia pada tahun 2008.Arwah berasal dari Johor dan merupakan gitaris kedua kumpulan Lefthanded.Beliau antara terawal bersama Lefthanded iaitu sejak 1985.Pernah menghasilkan album gitar solo yang berjudul "Kenangan BersamaMu" pada tahun 1994.

Kiya Vagrant

Berasal dari bumi kenyalang,Sarawak.Sebelum menyertai Vagrant,beliau menganggotai kumpulan Heavy Duty yang boleh di katakan terkenal di Sarawak.Pernah juga menyertai kumpulan Keno dengan menggunakan nama Yaki.Beliau telah di akui mempunyai gaya permainan gitar yang cukup power.

(...demikian 5 orang pemain gitar yang di katakan terbaik di Malaysia..tunggu untuk mengetahui        
  5 lagi Raja Gitar Rock di Malaysia...)

Thursday 3 May 2012

Aduh...diam tak diam dah hampir setahun rupanya aku tak jenguk blog aku ni...maaf la bebanyak...tapi lepas ni aku janji akan selalu memberikan info mengenai dunia rock tanah air....