Untuk slot Dalam Kenangan ini,izinkan saya mulakan dengan mengenang seorang pemain keyboard yang pernah bersama dengan kumpulan Sweet Charity yang telah pun kembali ke rahmatullah.
Masrom Abd Hamid(sut hijau no 2 dari kanan)
Masrom,atau lebih akrab di panggil Yong mula menganggotai Sweet Charity pada 1980 iaitu sebaik saja kumpulan ini muncul dengan album kedua mereka yang berjudul Pelarian.Masrom di perkenalkan kepada Sweet Charity oleh pemain Bass kumpulan ini iaitu Allahyarham Syed Hassan untuk menggantikan AJ yang pada masa itu berhijrah ke Brunei.Penyertaan beliau ke dalam Sweet Charity adalah kerana perasaan cintakan bidang muzik.Sewaktu bersama Sweet Charity,Masrom sentiasa turun berlatih bersama walaupun tiada undangan persembahan.Walaupun populariti Sweet Charity amat popular ketika itu,Masrom tetap bekerja di sebuah bank di Singapura.Dia begitu komited trhadap tugas sebagai pegawai bank dan dalam masa yang sama menjalani latihan bersama Sweet Charity.Pada tahun 1983,dia mengucapkan selamat tinggal kepada Sweet Charity apabila AJ kembali menyertai Sweet Charity.Masrom pernah berkata yang muzik yang di mainkan nya banyak di pengaryhi oleh kumpulan Deep Purple dan Led Zappelin.
Masrom Abd Hamid meninggal dunia pada usia 59 tahun setelah terbabit di dalam kemalangan jalan raya pada petang sabtu 11 Dis 2008 di lebuhraya Utara Selatan berhampiran Johor.Semuga rohnya di tempatkan di kalangan orang prang yang beriman...AMIN