Pages

Tuesday 8 May 2012

Dalam Kenangan.....
Untuk slot Dalam Kenangan ini,izinkan saya mulakan dengan mengenang seorang pemain keyboard yang pernah bersama dengan kumpulan Sweet Charity yang telah pun kembali ke rahmatullah.

Masrom Abd Hamid(sut hijau no 2 dari kanan)

Masrom,atau lebih akrab di panggil Yong mula menganggotai Sweet Charity pada 1980 iaitu sebaik saja kumpulan ini muncul dengan album kedua mereka yang berjudul Pelarian.Masrom di perkenalkan kepada Sweet Charity oleh pemain Bass kumpulan ini iaitu Allahyarham Syed Hassan untuk menggantikan AJ yang pada masa itu berhijrah ke Brunei.Penyertaan beliau ke dalam Sweet Charity adalah kerana perasaan cintakan bidang muzik.Sewaktu bersama Sweet Charity,Masrom sentiasa turun berlatih bersama walaupun tiada undangan persembahan.Walaupun populariti Sweet Charity amat popular ketika itu,Masrom tetap bekerja di sebuah bank di Singapura.Dia begitu komited trhadap tugas sebagai pegawai bank dan dalam masa yang sama menjalani latihan bersama Sweet Charity.Pada tahun 1983,dia mengucapkan selamat tinggal kepada Sweet Charity apabila AJ kembali menyertai Sweet Charity.Masrom pernah berkata yang muzik yang di mainkan nya banyak di pengaryhi oleh kumpulan Deep Purple dan Led Zappelin.

Masrom Abd Hamid meninggal dunia pada usia 59 tahun setelah terbabit di dalam kemalangan jalan raya pada petang sabtu 11 Dis 2008 di lebuhraya Utara Selatan berhampiran Johor.Semuga rohnya di tempatkan di kalangan orang prang yang beriman...AMIN





Monday 7 May 2012

Gitarist terbaik Malaysia  (bahagian 4)


Zainal Rampa

Beliau bertanggungjawab menubuhkan kumpulan Search.






Di sebalah kiri ini ialah Mukhlis.Gitaris kumpulan Kris









Zulkifle Abdullah

Yang di atas ni aku rasa ramai yang kenal.Joe Burnmark atau Joe Jasad Liar.Terkenal bersama kumpulan Burnmark di zaman Juara Juara Rock.Berasal dari Johor dan mempunyai identiti tersendiri.Joe juga adalah gitaris pertama yang merakamkan album gitar solo secara instrumental menerusi album "Joe Jasad Liar" pada tahun 1991.






Yang ini pulak ialah Awang BPR atau nama sebenarnya Norzaini Mohd.Di kenali juga sebagai komposer dan penerbit album.Banyak lagu lagu beliau telah di pertandingkan di dalam rancangan Muzik Muzik terbitan stesen penyiaran TV3














Rohaizar Ramli atau lebih di kenali sebagai Ija Medcine dan berasal dari Negeri Sembilan















Ini pula ialah Razli Hussain gitaris kumpulan Desire










Saturday 5 May 2012

sambungan Gitaris Terbaik Malaysia Bahagian Ke - 3





Pernah menjadi gitaris kumpulan Meet Group dan Headwind.Album solo beliau ialah "Misteri,Air,Api dan Angin"
yang do terbitkan pada tahun 1990


Zulkifli Kassim @ Zulkif














Kid & Din

Dua orang adik beradik yang berasal dari Johor.Kebolehan dan kehebatan mereka bermain gitar memang tidak boleh di sangkal.Berganding di dalam satu kumpulan iaitu Search.Hamzah bin Mohd Taib atau lebih di kenali sebagai Kid pernah menyertai kumpulan Gersang.Mengambil alih selaku pemain gitar utama kumpulan Search apabila Hillary Ang keluar dari kumpulan Search.Nordin Bin Mohd Taib pula adalah pemain gitar kedua kumpulan Search.Kedua dua mereka mempunyai seorang lagi saudara kandung yang bermain gitar(gitar Bass) yang bermain untuk kumpulan Kris.





Di sebelah kanan ini pula ialah Umarul Mahdzar Embong.Panggilan yang sering di gunakan ialah Umarul dan adalah gitaris kumpulan Iklim.
Selain bermain gitar,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu dan antara lagu ciptaan beliau ialah, Gerhana Cinta Luka dan Blues Terengganu Kita.









Shahrulhadi Bin Sallehudin

Di kenali sebagai Shahrul dan berasal dari batu pahat,Johor.Pernah menyertai kumpulan Eka dan kemudiannya menjadi pemain gitar utama kumpulan Ekamatra.Mempunyai teknik bermain gitar tersendiri.





Ini pula ialah Khairul Anuar Sharif atau lebih di kenali dengan panggilan Karl.Pemain gitar kumpulan Cromok iaitu kumpulan muzik trash terunggul di Malaysia.