Pages

Saturday 5 May 2012

sambungan Gitaris Terbaik Malaysia Bahagian Ke - 3





Pernah menjadi gitaris kumpulan Meet Group dan Headwind.Album solo beliau ialah "Misteri,Air,Api dan Angin"
yang do terbitkan pada tahun 1990


Zulkifli Kassim @ Zulkif














Kid & Din

Dua orang adik beradik yang berasal dari Johor.Kebolehan dan kehebatan mereka bermain gitar memang tidak boleh di sangkal.Berganding di dalam satu kumpulan iaitu Search.Hamzah bin Mohd Taib atau lebih di kenali sebagai Kid pernah menyertai kumpulan Gersang.Mengambil alih selaku pemain gitar utama kumpulan Search apabila Hillary Ang keluar dari kumpulan Search.Nordin Bin Mohd Taib pula adalah pemain gitar kedua kumpulan Search.Kedua dua mereka mempunyai seorang lagi saudara kandung yang bermain gitar(gitar Bass) yang bermain untuk kumpulan Kris.





Di sebelah kanan ini pula ialah Umarul Mahdzar Embong.Panggilan yang sering di gunakan ialah Umarul dan adalah gitaris kumpulan Iklim.
Selain bermain gitar,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu dan antara lagu ciptaan beliau ialah, Gerhana Cinta Luka dan Blues Terengganu Kita.









Shahrulhadi Bin Sallehudin

Di kenali sebagai Shahrul dan berasal dari batu pahat,Johor.Pernah menyertai kumpulan Eka dan kemudiannya menjadi pemain gitar utama kumpulan Ekamatra.Mempunyai teknik bermain gitar tersendiri.





Ini pula ialah Khairul Anuar Sharif atau lebih di kenali dengan panggilan Karl.Pemain gitar kumpulan Cromok iaitu kumpulan muzik trash terunggul di Malaysia.
















No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.