Pages

Friday 4 May 2012

GITARIS TERBAIK MALAYSIA BAHAGIAN  1

Rosli Muhalim

Berasal dari Singapura dan merupakan pemain gitar utama kumpulan Sweet Charity.Kini beliau menjadi pemuzik bebas dan juga sessionist bagi album artis artis di studio Singapura mahupun di Malaysia.Beliau pernah di nobatkan sebagai gitaris terbaik dunia era 80an.

Lan Hashim

Di kenali juga dengan panggilan Lan Gamma atau Lan Ambong.Pernah menganggotai kumpulan Urgent dalam album Wajah Mistikal(1988).Selepas itu beliau menyertai kumpulan Gamma dalam album Suara Pasrah(1989)

Abdul Rahman Bin Mahmood

Lebih di kenali dengan nama Man Kidal kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri.Beliau mula bermain gitar ketika berumur 10 tahun.Boleh lah di anggap sebagai otai dan sebab itu beliau kerap menjadi rujukan bagi kebanyakan gitaris muda atas sebab pengalaman dan komitmen yang beliau miliki.Anak kelahiran johor ini pernah menyertai kumpulan Search sebelum menjadi gitaris utama kumpulan Lefthanded.

Abdul Samad Mian

Meninggal dunia pada tahun 2008.Arwah berasal dari Johor dan merupakan gitaris kedua kumpulan Lefthanded.Beliau antara terawal bersama Lefthanded iaitu sejak 1985.Pernah menghasilkan album gitar solo yang berjudul "Kenangan BersamaMu" pada tahun 1994.

Kiya Vagrant

Berasal dari bumi kenyalang,Sarawak.Sebelum menyertai Vagrant,beliau menganggotai kumpulan Heavy Duty yang boleh di katakan terkenal di Sarawak.Pernah juga menyertai kumpulan Keno dengan menggunakan nama Yaki.Beliau telah di akui mempunyai gaya permainan gitar yang cukup power.

(...demikian 5 orang pemain gitar yang di katakan terbaik di Malaysia..tunggu untuk mengetahui        
  5 lagi Raja Gitar Rock di Malaysia...)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.