Pages

Thursday, 23 June 2011

Kumpulan Muzik Era Rock Kapak......BLOODSHED

...kumpulan ini di asaskan pada tahun 1985 dan berasal dari kajang,Selangor.Kumpulan ini adalah antara pelupor Battle Of The Band bersama sama dengan kumpulan S.Y.J , ELLA and The Boys , RAHIM MAAROF and Whitesteel dan Lefthanded. Susulan itu mereka telah di lamar oleh syarikat rakaman gergasi ketika itu EMI Records.
Album pertama kumpulan ini di terbitkan pada tahun 1987 berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" di terbitkan oleh M.Sharif. Album ini bertemakan Heavy Metal. Selepas album ini lahir pula album kedua yang di terbitkan oleh M.Nasir. Album ini di beri judul "Samarkand" dan di dalam album ini terdapat satu lagu yang telah menjadi hit iaitu "Srikandi Cintaku".

Tidak lama selepas itu,Rosdan Baharum telah meninggalkan kumpulan ini dan menubuhkan satu kumpulan baru yang memainkan muzik Trash Metal iaitu kumpulan Punisher. Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah untuk mencari pengganti Rosdan dan pada tahun 1989 mereka telah mengambil seorang penyanyi baru iaitu Mohd Farid Ali dan nama kumpulan ini telah di tukar kepada "BLACKSHED". Kumpulan Blackshed melahirkan album pertama mereka yang berjudul "Villa Misteri" dan ini juga adalah album terakhir kumpulan ini. Lagu terbaik Blackshed adalah Menggengam Bara tapi malangnya selepas itu kumpulan ini berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Akan tetapi dalam tahun 2008 kumpulan BLOODSHED telah membuat penyatuan dan kembali bersaing dalam industri muzik tanahair dengan line up baru.

Vokal       - Hakeem
Gitar         -  Mohd Hamdan Mohd Yusof
Bass         -  Joe
Drum        -  Hamdan Ahmad
Keyboard - Azizul Azman Abd Aziz

Bermula 2009 kumpulan Bloodshed telah mengadakan live show pertama di Batang Kali,Selangor dan bermula lah era baru bagi kumpulan Bloodshed.

Kumpulan Muzik Era Rock Kapak....SOFEA

...yang ini pula sebuah kumpulan yang penuh kontroversi pada era mereka dulu..kumpulan yang aku maksudkan ialah kumpulan SOFEA. Kumpulan ini berasal dari Ipoh,Perak. Di tubuhkan pada tahun 1983 dan menggelarkan diri mereka senagai S.Y.J mengambil sempena nama pengurus mereka iaitu saudara Syed Yusof Jamalulail. Nama mereka di tukar kepada Sofea selepas lahirnya album Battle Of The Band pada tahun 1986.
Kumpulan ini sering menimbulkan kontroversi dengan lirik lagu mereka yang "panas" seperti dalam lagu "mata sepet","hati syaitan","anak liar" dan banyak lagi. Di samping itu cara mereka berpakaian juga pernah menimbulkan rasa tidak senang pada sesetengah masyarakat ketika itu. Kumpulan ini menyertai Battle Of The Band pada tahun 1986 dan semasa ini kumpulan ini tidak di uruskan oleh Syed Yusof Jamalulail. Ketika ini lah mereka menukar nama daripada S.Y.J kepada SOFEA. Nama ini telah di ilhamkan oleh salah seorang anggota kumpulan ini iaitu Man Rani bersempena dengan nama salah seorang peminat fanatik kumpulan ini yang bernama "Julie Sofea".
Album pertama mereka di keluarkan pada tahun 1987 dan di beri judul "Kembali" Album ini di keluarkan oleh Warnada Sdn Bhd. Setahun selepas itu mereka di berikan peluang untuk album ke dua dan muncul lah album "Anak Liar". Untuk album ini,berlaku pertukaran anggota bagi kumpulan ini. Pemain drum,Nahar telah di gantikan oleh Ujang dan pemain gitar, Zam telah di gantikan oleh Fancy. Man Rani juga telah menyumbangkan suara di dalam album ini. Bagaimanapun pada tahun 1989,Nahar telah menyertai semula kumpulan ini sebagai pemain drum dan mereka telah melahirkan album yang di beri judul "Boneka dan Pentas".Album terakhir mereka ialah "Mimpi dan Airmata" yang di keluarkan pada tahun 1992.

Kumpulan Muzik Era Rockk Kapak...

Assalammualaikum semua...selamat bertemu kembali...dah seminggu aku tak update bahan kat sini..hari ni aku nak kongsikan beberapa kumpulan muzik semasa era rock kapak dulu..Aku mulakan dengan kumpulan RUSTY BLADE.
Kumpulan Rusty Blade berasal dari SINGAPURA.Kumpulan ini melahirkan album pertama mereka pada tahun 1985 yang bertajuk 786 Ikrar Perwira.
Kumpulan ini pada asalnya di anggotai oleh Yantzen sebagai penyanyi,Khalid Mubin dan Mamat sebagai pemain gitar,Razak bermain bass dan Zan selaku pemukul drum.Keunikan muzik mereka telah membuatkan para peminat melebel kumpulan ini sebagai "Iron Maiden" Singapura.
Album kedua kumpulan ini pula telah di keluaran pada tahun 1986 dan di terbitkan oleh Razzi .M (bekas pemain gitar Black Dog Bone)Dalam album ini Mamat tidak lagi bersama kumpulan ini.Tempat Mamat telah di gantikan oleh Izad sebagai pemain gitar kedua.Album ini telah menaikkan nama Rusty Blade dan terjual melebihi 100,000 unit.Selepas album ini keluar dan mendapat sambutan di luar dugaan,kumpulan ini mula mengorak langkah dengan membuat beberapa siri konsert jelajah dan konsert pertama kumpulan ini telah di adakan pada tahun 1987 bertempat di Stadium Indra Mulia,Ipoh Perak.
Selepas itu mereka mengadakan konsert di Johor Bahru dan seterusnya di Kuala Lumpur.Semasa di Kuala Lumpur sambutan dari para peminat adalah di luar dugaan dan pehak media menyifatkan konsert di Kuala Lumpur sebagai antara konsert terbaik yang pernah di adakan di Kuala Lumpur.Semasa Road Show ini Izad tidak bersama kumpulan ini dan tempatnya telah di gantikan oleh Md. Noor Hendrix.
Pada tahun 1988 sekali lagi kumpulan ini di beri peluang untuk merakamkan album.Kali ini album kumpulan ini di beri tajuk "BERAT".Ianya merupakan album yang betul betul heavy dan bermutu.Tidak berapa lama selepas itu,pemain bass kumpulan ini iaitu Razak telah meninggalkan kumpulan ini.Kumpulan ini mula mencari pengganti baru dan ramai yang telah mencuba nasib untuk menyertai kumpulan ini.Akhirnya Rusty Blade telah memilih Mann Karen(bekas anggota kumpulan Rockers)sebagai pengganti Razak.Pada tahun 1989 kumpulan ini melahirkan satu lagi album yang di beri tajuk "AWAS".