Pages

Thursday 23 June 2011

Kumpulan Muzik Era Rockk Kapak...

Assalammualaikum semua...selamat bertemu kembali...dah seminggu aku tak update bahan kat sini..hari ni aku nak kongsikan beberapa kumpulan muzik semasa era rock kapak dulu..Aku mulakan dengan kumpulan RUSTY BLADE.
Kumpulan Rusty Blade berasal dari SINGAPURA.Kumpulan ini melahirkan album pertama mereka pada tahun 1985 yang bertajuk 786 Ikrar Perwira.
Kumpulan ini pada asalnya di anggotai oleh Yantzen sebagai penyanyi,Khalid Mubin dan Mamat sebagai pemain gitar,Razak bermain bass dan Zan selaku pemukul drum.Keunikan muzik mereka telah membuatkan para peminat melebel kumpulan ini sebagai "Iron Maiden" Singapura.
Album kedua kumpulan ini pula telah di keluaran pada tahun 1986 dan di terbitkan oleh Razzi .M (bekas pemain gitar Black Dog Bone)Dalam album ini Mamat tidak lagi bersama kumpulan ini.Tempat Mamat telah di gantikan oleh Izad sebagai pemain gitar kedua.Album ini telah menaikkan nama Rusty Blade dan terjual melebihi 100,000 unit.Selepas album ini keluar dan mendapat sambutan di luar dugaan,kumpulan ini mula mengorak langkah dengan membuat beberapa siri konsert jelajah dan konsert pertama kumpulan ini telah di adakan pada tahun 1987 bertempat di Stadium Indra Mulia,Ipoh Perak.
Selepas itu mereka mengadakan konsert di Johor Bahru dan seterusnya di Kuala Lumpur.Semasa di Kuala Lumpur sambutan dari para peminat adalah di luar dugaan dan pehak media menyifatkan konsert di Kuala Lumpur sebagai antara konsert terbaik yang pernah di adakan di Kuala Lumpur.Semasa Road Show ini Izad tidak bersama kumpulan ini dan tempatnya telah di gantikan oleh Md. Noor Hendrix.
Pada tahun 1988 sekali lagi kumpulan ini di beri peluang untuk merakamkan album.Kali ini album kumpulan ini di beri tajuk "BERAT".Ianya merupakan album yang betul betul heavy dan bermutu.Tidak berapa lama selepas itu,pemain bass kumpulan ini iaitu Razak telah meninggalkan kumpulan ini.Kumpulan ini mula mencari pengganti baru dan ramai yang telah mencuba nasib untuk menyertai kumpulan ini.Akhirnya Rusty Blade telah memilih Mann Karen(bekas anggota kumpulan Rockers)sebagai pengganti Razak.Pada tahun 1989 kumpulan ini melahirkan satu lagi album yang di beri tajuk "AWAS".

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.