Pages

Thursday 23 June 2011

Kumpulan Muzik Era Rock Kapak....SOFEA

...yang ini pula sebuah kumpulan yang penuh kontroversi pada era mereka dulu..kumpulan yang aku maksudkan ialah kumpulan SOFEA. Kumpulan ini berasal dari Ipoh,Perak. Di tubuhkan pada tahun 1983 dan menggelarkan diri mereka senagai S.Y.J mengambil sempena nama pengurus mereka iaitu saudara Syed Yusof Jamalulail. Nama mereka di tukar kepada Sofea selepas lahirnya album Battle Of The Band pada tahun 1986.
Kumpulan ini sering menimbulkan kontroversi dengan lirik lagu mereka yang "panas" seperti dalam lagu "mata sepet","hati syaitan","anak liar" dan banyak lagi. Di samping itu cara mereka berpakaian juga pernah menimbulkan rasa tidak senang pada sesetengah masyarakat ketika itu. Kumpulan ini menyertai Battle Of The Band pada tahun 1986 dan semasa ini kumpulan ini tidak di uruskan oleh Syed Yusof Jamalulail. Ketika ini lah mereka menukar nama daripada S.Y.J kepada SOFEA. Nama ini telah di ilhamkan oleh salah seorang anggota kumpulan ini iaitu Man Rani bersempena dengan nama salah seorang peminat fanatik kumpulan ini yang bernama "Julie Sofea".
Album pertama mereka di keluarkan pada tahun 1987 dan di beri judul "Kembali" Album ini di keluarkan oleh Warnada Sdn Bhd. Setahun selepas itu mereka di berikan peluang untuk album ke dua dan muncul lah album "Anak Liar". Untuk album ini,berlaku pertukaran anggota bagi kumpulan ini. Pemain drum,Nahar telah di gantikan oleh Ujang dan pemain gitar, Zam telah di gantikan oleh Fancy. Man Rani juga telah menyumbangkan suara di dalam album ini. Bagaimanapun pada tahun 1989,Nahar telah menyertai semula kumpulan ini sebagai pemain drum dan mereka telah melahirkan album yang di beri judul "Boneka dan Pentas".Album terakhir mereka ialah "Mimpi dan Airmata" yang di keluarkan pada tahun 1992.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.