Pages

Wednesday 1 June 2011

SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN BLOODSHED


Dah dua hari aku tak jenguk laman blog aku ni..ni pun tetiba je lepas solat subuh aku dapat ilham untuk menulis sesuatu di sini..aku rasa ada baiknya kalau aku kongsi dengan rakan rakan rokers semua mengenai sejarah penubuhan satu kumpulan rock yang pernah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kumpulan gergasi yang lain seperti Wings,Search,MAY dan Lefthanded..Kumpulan yang aku maksudkan ialah kumpulan BLOODSHED.

Sejarah awal penubuhan kumpulan ini bermula pada awal 80an lagi. Pada ketika itu,kumpulan Godbless dari Indonesia dan kumpulan Sweet Charity dari Singapura menguasai muzik rock di nusantara ini.
Kumpulan Bloodshed adalah merupakan hasil gabungan daripada dua buah kumpulan rock iaitu kumpulan Petrol dan kumpulan Speed Sound. Pada masa itu kumpulan Speed Soung di anggotai oleh Rozawir Tony,
Fakrurazi Sulaiman dan Rawita. Manakala kumpulan Petrol pula di anggotai oleh Mohd Hamdan Mohd Yusof,Hamdan Ahmad,Azizul Azman Abd Aziz dan Ahmad Zaini Abd Aziz.

Pada awalnya kumpulan ini tertubuh dengan jumlah enam orang ahli utama iaitu dua orang anggota kumpulan Pertol iaitu Hamdan Mohd Yusof selaku pemain gitar utama dan Azizul Azman Abd Aziz(Judy) pemain keyboard,tiga orang anggota kumpulan Speed Sound iaitu Rozawir Tony (Ross) pemain drum,Fakrurazi Sulaiman (Razzey)pemain gitar kedua dan Rawita (Awi) pemain bass dan seorang anak muda dari perak yang bernama Rosedan Baharom selaku penyanyi.

BAGAIMANA KUMPULAN INI MENDAPAT NAMA BLOODSHED..?

Pada awalnya nama kumpulan ini di ilhamkan sewaktu kumpulan ini mendapat tawaran bermain di sebuah kelab di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur. Anggota kumpulan Speed Sound tidak mahu menggunakan nama kumpulan Petrol dan begitu juga sebaliknya bagi anggota kumpulan Petrol. Setelah berbincang sesama mereka akhirnya mereka telah bersepakat untuk memberikan satu nama baru bagi kumpulan mereka.
Rozawir telah mencadangkan supaya menggunakan nama "The Blood" yang bermaksud "darah" namun ahli kumpulan yang lain merasakan nama itu masih tidak sesuai dan tidak mantab. Azizul Azman Abd Aziz telah mencadangkan supaya di tambah perkataan "shed" untuk di sambung pada perkataan "blood" itu. Cadangan ini telah di persetujui oleh semua ahli dan lahirkan nama baru bagi kumpulan ini iaitu "BLOODSHED" yang membawa maksud "Pertumpahan Darah".

Bagi anggota kumpulan ini "Pertumpahan Darah" juga membawa maksud perjuangan,pengorbanan,kesetiaan dan kegigihan. Ini lah yang menjadi inspirasi dan pegangan setiap anggota kumpulan Bloodshed. Kelab Rock Red Rooster menjadi tapak awal bagi kumpulan ini memperkenalkan diri ke dalam industri muzik tanahair dan dengan kehebatan bakat,penampilan yang hebat dan muzik yang jitu,kumpulan ini telah mula mendapat tempat di hati para peminat muzik rock tanahair dan sedikit sedikit telah mengumpul peminat dan pengikut setia. Lagu lagu dari kumpulan Dio,Van Helen,Night Ranger,Loudness dan ACDC adalah di antara lagu yang menjadi pilihan kumpulan ini ketika membuat persembahan.

Setelah beberapa lama bermain di Kelab Rock Red Rooster,kumpulan ini telah di tawarkan untuk bermain di Hard Rock Cafe Damansara. Malangnya Ross dan juga Razzey telah mengundurkan diri dari kumpulan ini. Tempat mereka berdua telah di ganti oleh Hamdan Ahmad(drum) dan Ahmad Zaini AbdAziz(Mike) selaku pemain gitar kedua. Bloodshed secara konsistan terus mempersembahkan muzik yang baik dan hebat dan terus mendapat perhatian dari para peminat serta mampu bersaing dengan kumpulan yang sedia ada seperti Search,Wings,Lefthanded dan banyak lagi waktu itu.

Begitu lah sedikit sebanyak awal mula pertama mula penubuhan kumpulan hebat ini. Sebenarnya masih banyak info untuk di kongsi mengenai kumpulan Bloodshed ini namun perut aku ni dah mula intro lagu slow rock. Sebelum perut aku ni sampai tahap hard rock,izinkan aku pekena nasi lemak berlauk dan milo panas dulu. Kita jumpa lagi di lain waktu.....assalammualaikum

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.