Pages

Monday 30 May 2011

Assalammualaikum semua.......
Sebelum aku meneruskan tulisan aku mengenai perkembangan muzik rock di malaysia,aku nak berkongsi sedikit maklumat sekadar untuk pengetahuan bagi mereka mereka yang masih belum tahu.

1. Gitaris asal WINGS adalah Syam.Lepas beliau meninggalkan WINGS,beliau menubuhkan CRK dan tempat beliau telah di gantikan oleh Joe yang pada masa itu anggota kumpulan Scandals.
2. Zainal merupakan vokalis asal SEARCH dan Amy kemudian menggantikan beliau.Amy sebelelum ini adalah vokalis bagi kumpulan Titanic.
3. Sebelum menubuhkan MAY,vokalisnya iaitu Mus dan gitaris Abu pernah menubuhkan kumpulan Titiwangsa semasa di Kuala Lumpur.
4. Empy menyertai kumpulan Spring pada tahun 1992 sehinggalah sekarang.Beliau adalah bekas anggota kumpulan TEJA.
5.Hattan pernah menyertai kumpulan PRATADYUDA dan FRU sekitar 80an.

Sunday 29 May 2011

   Last sekali aku nak sentuh sikit tentang satu lagi gagasan yang di beri nama PESTA HIBURAN KINGSWAY...Pesta Hiburan Kingsway telah berjaya melahirkan kumpulan seperti FRU,Figures,Handy Black dan juga Bumiputra Rockers(BPR).Seingat aku lepas pada ni tiada lagi sebarang pertandingan besar yang di anjurkan...mungkin di sebabkan keadaan ekonomi pada awal 90an yang sedikit goyang telah menyebabkan pasaran dan industri muzik di Malaysia juga terkena tempiasnya..hanya kumpulan kumpulan yang benar benar bagus saja yang mampu terus bersaing seperti Search,Wings dan kumpulan MAY(sekadar menyebut beberapa nama saja)................... kebanyakan penganjur lebih cenderung mengadakan pertunjukan di dalam tempat tertutup seperti di kelab kelab ekslusif dan pusat hiburan seperti di Hard Rock Cafe.

Di antara tahun 1989 hingga tahun 1991 masih ada lagi kumpulan muzik rock yang mencuba nasib dalam industri ini dan di antara mereka adalan kumpulan Paksi,Brainwash,Syuhada,Fancy/Roses,Vilosa,Ozon,Small Kid,Krayon.Etika,Eka,Babylon,Revolusi,Gerhana,Sphera,Aces,Mendusa,Witness,Putri,IktibarAmija,Opera,
Ixora,Dia,Viva,Victim,Mahsuru,Analisa,Lord Justice,Leo,Abstrak,Voice,Alfa,Les Mayor,Susila,Hot Legs,
dan Kid Power.

Assalammualaikum

Selamat bertemu kembali...hampir seminggu aku tak masukkan apa apa bahan di sini..hari ni baru lah sempat untuk menyambung sedikit lagi info berkenaan dunia rock tanah air kita...
Selepas Batu Batu Perjuangan dan Hikayat Rock,ada lagi berbagai pertandingan yang di anjurkan untuk mencungkil lebih banyak lagi kumpulan muzik rock..antara nya ialah Juara Kumpulan Muzik Tenggara'88 yang telah mengenegahkan kumpulan seperti MASA(Scarecrow) dan kumpulan Mentari.
Kemudian muncul pula Juara Rock Galactica yang telah menaikkan nama kumpulan seperti Lipan Bara,Blackrose dan kumpulan Melisa.

Sememangnya pada ketika itu kumpulan kumpulan muzik rock tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan..Boleh lah di katakan bahawa pada pertengahan tahun 80an adalah era muzik rock di Malaysia hinggakan pernah pada satu ketika pertandingan akhir Muzik Muzik di TV3 telah di kuasai oleh lagu lagu yang berirama ROCK.

Keterangan Gambar : Dari atas sebelah kanan ialah kumpulan LIPAN BARA,atas sekali kanan MASA dan bawah kanan kumpulan BLACKROSE.

Tuesday 24 May 2011

Ok...kita sambung lagi...kali ni produk Batu Batu Perjuangan...melalui Batu Batu Perjuangan lahirlah kumpulan Sallam,Nuzzantara,Gerhana,Firestarter dan kumpulan Figures.Kalau korang tanya aku kumpulan mana yang aku tau...aku rasa kumpulan Firestarter je kot...yang lain lain tu aku ingat ingat lupa..hehehe...jangan maraaa aaaaa......yang aku tau dua orang daripada ahli kumpulan Firestarter ni kemudiannya menyertai kumpulan Tragedi...dan sorang lagi anggota dia ni kalau tak silap aku Daud Yusof(bermain gitar) adalah bekas anggota kumpulan Figures.

Selepas Batu Batu Perjuangan muncul pula produk Hikayat Rock...maka lahirlah kumpulan seperti            


 Angle Hearts, SAXO,Steeler,Trooper,D'Riyadh,Rhythm Machine dan Sweet Inspiration.



Keterangan Gambar : Atas sekali kiri kumpulan Firestarter,Bawah kiri kumpulan D'Riyadh dan yang kanan tu kumpulan SAXO...yang bawah sekali tu ialah Angel Hearts.
Kali ini izinkan aku sentuh sikit mengenai satu lagi gagasan rock.Mula mula dulu aku cite pasal Juara Juara Rock...kemudian Battle of The Band...lepas tu Clash Of The Band.....sekarang ni ada lagi satu....aku rasa korang pun tau atau bila tanya cakap tau..tapi sebenarnya tak tau....aku sendiri tak berapa nak tau...hahaha..melalut la pulak aku ni...maklumlah baru lepas kena sup kambing...hahahaa..

Selain dari JJR,BOTB dan COTB muncul pula WAR ROCK.....dari War Rock 1 hingga lah War Rock 4.
Daripada War Rock ini maka lahirlah kumpulan seperti Pratayuda yang mana penyanyinya ketika itu ialah Hattan.Selain itu kumpulan Medicine juga lahir dari siri War Rock ini.
Yang menariknya melalui War Rock ini la tertubuhnya kumpulan Iklim.Bukannya kumpulan Iklim lahir dari War Rock ini tetapi ada dua kumpulan iaitu The Kids dan Midnight yang menyertai War Rock ini.Anggota Kids iaitu Mohalim dan Kama bergabung dengan anggota Midnight iaitu Umarul menubuhkan kumpulan IKLIM.
Selain dari kumpulan yang aku sebut di atas tu,dalam War Rock 2 lahir pula kumpulan Kejora,Dewanga dan Stroyer.
War Rock 3 pula melahirkan kumpulan Spring,Mentari,Cakrawala dan Eyes Killer.




Keterangan Gambar

Atas kiri adalah kumpulan Medicine dan yang di sebelah kanan tu kumpulan Spring.
Korang ingat tak lagi pada Clash Of The Band.Aku pun tak lah berapa tau sangat tentang pertandingan ini tapi aku memang ingat memang ada di adakan pada sekitar 80an dulu.Memang lah aku ingat sebab aku lahir tahun 1965 jadi waktu zaman muzik rock tengah meletup aku di awal 20an....cuma aku tak pernah merasa mempunyai rambut yang panjang macam rockers rockers waktu tu...

Antara kumpulan muzik rock yang menyertai Clash Of The Band ialah Helter Skerter,Handy Black,Last Minute,TZ (Twilight Zone),Les Mayor,Eazy dan Steelfingers.


  Dari dulu hingga lah sekarang ini perjuangan untuk mengangkat muzik rock supaya di terima oleh semua golongan pendengar tidak penah pudar.Selaras dengan slogan yang sering di sebut "ROCK WILL NEVER DIE".
Kesemua pertandingan ini di adakan semata mata untuk memberikan peluang kepada kumpulan kumpulan rock ketika itu menunjukkan bakat mereka.Kumpulan kumpulan ini telah menjadikan pertandingan seumpama ini sebagai landasan pertama kepada mereka untuk terus mengorak langkah bersaing dalam industri ini.






Baiknya pertandingan seumpama ini ialah mereka di beri peluang untuk merakamkan album dalam satu album atau di dalam album kompilasi.

Keterangan Gambar

Atas sekali kiri adalah kumpulan Handy Black.Di sebelah kanan adalah kumpulan Helter Skelter dan yang bawah kiri adalah kumpulan Les Mayor yang menampilkan penyanyi wanita bernama Murni.                                                                    
Kita tinggalkan Juara Juara Rock dan jom kita pergi pada lagi satu pertandingan yang seumpamanya.Pertandingan ini di beri nama Battle Of The Band.Kalau korang tanya pada aku mana yang lebih mengancam di antara Juara Juara Rock dengan Battle Of The Band,aku akan cakap Battle Of The Band.
Kalau korang semua nak tau melalui Battle of The Band lah lahirnya
Kumpulan muzik seperti Ella & The Boys,Rahim Maarof & Whitesteel
Bloodshed,Lefthanded dan juga SYJ'86(SOFEA).Aku rasa korang memang dah tau sangat dengan nama kumpulan kumpulan ini kan.Semua adalah nama nama besar dalam industri rock Malaysia.Kesemua kumpulan ini bergabung di dalam satu album yang di beri judul Battle Of The Band dan di keluarkan di dalam dua edisi 1&2.Di dalam album ini juga mereka menyanyikan lagu khas mengenai cetak rompak iaitu lagu "Hapuskan Cetak Rompak".

** Gambar atas kanan adalah kumpulan Bloodshed manakala gambar yang atas sebelah kanan tu adalah kumpulan SYJ'86

                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Kalau Juara Juara Rock 1 dapat melahirkan kumpulan Lefthanded dan D'Febian,Juara Juara Rock 2 pula aku rasa adalah yang paling berjaya dan mendapat sambutan hebat.Selepas kejayaan pertandingan edisi pertama itu,penganjur telah mengambil keputusan untuk menganjurkan pertandingan ini pada tahun berikutnya.

Sambutan daripada kumpulan muzik rock ketika itu adalah amat di luar dugaan.Pertandingan telah di adakan di Dewan Jubli Intan,Johor Bahru.Mungkin pada masa itu kebanyakan kumpulan muzik rock adalah berasal dari selatan tanah air maka penganjur memilih Johor sebagai lokasi pertandingan.(ini pandangan aku aja)...
Pertandingan ini telah di menangi oleh kumpulan The Burnmarks dan tempat kedua pula di raih oleh kumpulan Hurricane dari JB dan ketiga pula kumpulan Gersang juga dari JB.

* Gambar sebelah kiri ialah kumpulan Burnmark yang kemudiannya telah menukar nama kepada kumpulan Naja.(dengar cerita kumpulan ini dah pun di bubarkan).Gambar atas kanan pula ialah kumpulan Gersang.
Pada pendapat aku,ini lah pertandingan yang paling berjaya kerana telah banyak melahirkan kumpulan kumpulan muzik rock yang hebat dan di minati sehingga hari ini.Daripada kedua dua pertandingan ini lahirlah kumpulan MAY,Scandal,Burnmark,Metalian dan D'Febian.Banyak lagu lagu bercorak Heavy telah di rakamkan oleh kumpulan kumpulan ini.Sebagai contoh,D'Febian dengan lagunya Peperangan,Roda Kehidupan dan Bukan Untuk Selamanya.Kupulan Metalian pula dengan lagu Kabus,Gerimis Rindu dan Aku Dengan Caraku.Kumpulan Scandal pula Kuasa,Kuasa II dan Gadis Kota.May pula dengan Pemuzik Muda,Derita Bangsa dan Gadis Misteri.
Burnmark dengan lagunya Makan Hati Ulam Jantung,Insaflah dan Snooker.Senarai ini tidak termasuk lagu slow dia orang macam lagu Sketsa Sebuah Cinta(MAY) dan Secebis Rayuan(Burnmark).
Kalau aku nak story pasal pertandingan dan kumpulan kumpulan ni,memang tak sarapan pagi la aku ari ni..hehehe...izinkan aku pekena teh tarik mamak jap....chowwwwww                                                    
Dalam post aku yang terdahulu ada aku cakap tentang beberapa pertandingan yang di anjurkan bertujuan untuk mencungkil lebih banyak kumpulan muzik rock di Malaysia.
Jadi,untuk kali ini izinkan aku menceritakan salah satu dari pertandingan tersebut yang aku rasa telah dapat mencapai objektif asal iaitu melahirkan kumpulan muzik rock.Pertandingan yang aku maksudkan ialah Pertandingan Juara Juara Rock....Juara Juara Rock yang pertama telah di adakan pada tahun 1983.Melalui pertandingan siri pertama ini telah berjaya melahirkan kumpulan D'Febian dan kumpulan Lefthanded.Dalam pertandingan ini juga ada satu kumpulan yang di beri nama "Titanic" yang menampilkan seorang penyanyi bernama Suhaimi bin Abd Rahman yang kemudiannya telah menjadi penyanyi rock paling berjaya di Malaysia.Orang yang aku maksudkan ialah penyanyi kumpulan SEARCH sekarang yang lebih di kenali dengan panggilan "Amy".Selain itu terdapat satu lagi kumpulan rock yang lahir melalui Juara Juara Rock edisi pertama ini iaitu kumpulan Split Times.Tak banyak yang aku tau mengenai kumpulan ini tapi kalau tak silap aku kumpulan ini selepas pertandingan itu ada membuat satu album yang memuatkan lagu hits mereka "Rintihan Semalam".
Dalam post aku sebelum ni aku ada bagi tau tentang pertandingan yang di adakan untuk mencungkil lebih banyak kumpulan muzik rock di Malaysia.Kalau korang nak tau,memang banyak sekali pertandingan yang di adakan dan antaranya ialah Juara Rock,Battle Of The Band,Clash Of The Band,War Rock,Festival Rock,Rock Galatika,Hiburan Kingsway dan macam macam lagi sampaikan aku sendiri naik confuse.
Dari pertandingan pertandingan ini lah lahirnya kumpulan seperti MAY,Whitesteel,Febians,Bumiputra Rockers(BPR)Burnmarks,Metallian dan banyak lagi.
Arus perkembangan muzik rock Malaysia pernah menerima kecaman dan tekanan daripada kerajaan.Pemuzik pemuzik rock pernah di suruh memotong rambut panjang yang menjadi identiti imej rock pada masa itu.Kerajaan telah menguatkuasakan larangan artis lelaki  berambut panjang.Kemudian kerajaan menetapkan lagi satu syarat sekiranya kumpulan rock inginkan lagu lagu mereka di siarkan di stesen radio mahu pun stesen tv,mereka di arah untuk menukar nama kumpulan kepada nama yang menggunakan nama dari Bahasa Melayu(dulu kebanyakan kumpulan menggunakan nama dari bahasa Inggeris.)
Berbalik kepada pertandingan untuk mencari kumpulan rock ini,jom kita imbas kembali satu pertandingan yang di beri nama "Juara Rock 1983".Ini lah pertandingan yang pertama di ujudkan di Malaysia.Pertandingan tahun 1983 ini telah melahirkan kumpulan Lefthanden dan kumpulan D'Febians.
Berikutan sambutan hangat dari kumpulan muzik rock ketika itu,pertandingan Juara Rock 1984 pun di adakan.Untuk edisi kedua ini lahir lah kumpulan Burnmark,Hurricane dan kumpulan Gersang.
                                                        FEBIAN
                   
BURNMARK
ini lagi satu kumpulan muzik rock yang di tubuhkan pada tahun 1981 dan juga berasal dari Singapura.Siapa yang tak kenal dengan RUSTY BLADE.Album pertama mereka yang berjudul 786 Ikrar Perwira telah meletakkan mereka pada kelas yang tersendiri.Di anggotai oleh Yantzen(penyanyi),Khalid Mudin(gitar).Md Noor(gitar),Izad(bass) dan Izan(drum).Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah menyebabkab mereka di label sebagai "Iron Maiden Singapura".
Selepas dari itu,iaitu dari tahun 1986 hingga ke tahun 90an muzik rock di Malaysia mengalami perubahan yang begitu ketara sekali.Banyak pertandingan pertandingan di adakan untuk mencari lebih banyak lagi kumpulan muzik rock ketika itu.Maka lahir la bermacam macam nama kumpulan macam yang aku pernah tulis dalam artikal aku sebelum ini(cuba korang rujuk balik)
Apa pun,aku berani cakap yang muzik rock tahun 80an telah membawa kesan yang cukup besar pada perkembangan idustri muzik rock Malaysia khasnya dan industri muzik itu sendiri amnya.
Selepas Sweet Charity ,maka banyak la tumbuh kumpulan kumpulan muzik rock bak cendawan lepas hujan,
Antara kumpulan yang terawal muncul ialah kumpulan SEARCH.Kumpulan ini di tubuh kan pada tahun 1981 di Johor Baharu dan di anggotai oleh Amy sebagai penyanyi,Yazit pemain Drum.Hillary bermain gitar,Nordin juga sebagai pemain gitar dan Nasir bermain Bass.Album mereka yang pertama ialah Cinta Buatan Malaysia.

Satu lagi kumpulan yang di tubuhkan pada tahun 1981 ialah kumpulan The Boys.Ini lah satu satunya kumpulan yang menampilkan penyanyi wanita sebagai vokalis utama mereka.Penyanyi yang aku maksudkan ialah Ella.Selepas kemasukan Ella kumpulan ini bergerak dengan menggunakan nama Ella & The Boys.Selain Ella,kumpulan ini di anggotai oleh Lord sebagai pemain gitar,Ayie(Bass) dan Mie(Drum).
Penyanyi Shima juga pernah menjadi anggota kumpulan ini dan semasa Shima,kumpulan ini di kenali dengan
nama Shima & The Boys.Anggota lain tetap sama kecuali Satiman masuk untuk menjadi pemain Keyboard.Satiman juga kemudiannya berkahwin dengan Shima.

Kumpulan Lefthanded juga adalah antara kumpulan pelupor muzik rock di Malaysia.Mereka telah menjayakan projek album Battle Of The Band dan lagu Debunga Wangi memang telah menaikkan nama kumpulan ini.Pada asalnya Rahim Maarof adalah penyanyi utama mereka namun apabila Lefthanded ingin
merakamkan album pertama mereka iaitu "Keadilan",Nash telah masuk menggantikan Rahim Maarof.Ketika itu anggota Lefthanded terdiri daripada Nash(penyanyi)Man Dayak(Drum)Samad(gitar)Man Kidal(gitar)dan Yan(Bass).
ramai yang bersetuju kalau aku katakan yang kumpulan Sweet Charity lah yang bertanggungjawab membawa fenomena rock di Malaysia.Kumpulan yang di tubuhkan di Singapura ini di anggotai oleh Ramli Sarip sebagai penyanyi,Rosli Mohalim sebagai pemain gitar,Wan Ahmad juga bermain gitar,Syed Hassan bermain Bass,Rahman Sarbani bermain Drum dan Masrom serta Ahmad Jaafar bermain Keyboard.Sweet Charity juga lah yang telah meletakkan muzik rock Malaysia di landasan sebenar sehinggakan kumpulan ini pernah di gelar sebagai "Deep Purple Singapura".Lagu lagu seperti Teratai,Musibah,Pelarian.Penunggu,Sejuta Wajah dan banyak lagi telah cukup untuk memberi kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock pada masa itu......
Tentu masih ada yang ingat pada zaman Battle Of The Band dan zaman Juara Juara Rock dulu.Awal 80an
hingga lah kepada awal 90an..ini la jangkamasa di mana muzik rock menjadi kegilaan ramai waktu itu.
boleh la kalau nak di katakan sebagai zaman kegemilangan muzik rock....
Di antara kumpulan muzik yang menempa nama ketika itu ialah Wings,May.SYJ,BPR,Gersang,Gamma,
Dinamik,Febians,Crossfire,Bloodshed,Blackross,Olan,MASA,Mega,Medicine,Desire,Illusi,Iklim,Laksamana,
Menara,Ekamatra,Melissa,Lela,Wichitra,Junction,CRK,Meditasi,Cinema,Lipan Bara,Lagenda,Terra Rossa,
Sensasi,UG14,Analisa,Metallian,Putra,Slash,Zabarjad,Utopia,Teras,Etika,Erat,Gravity,Skala,Figure,
Bahtera,Garuda,Pratayuda,FRU,Ariwatan,Kejora,Projek,Wizard,Gerimis,Urgent,Jitu,Mutiara,Sejati,
Burnmark,Axhara,Scandal,Aroma,Warisan,Kafilah,Strangers,Teja,Vagrant,Helter Skalter,Unwanted,
Rockers dan memang banyak lagi kalau nak aku list kan kat sini......

Monday 23 May 2011

Assalammualaikum semua...terpanggil pulak rasanya untuk aku mengujudkan laman blog ni...
bukannya apa,kadang kadang rasa payah sangat kalau nak cari maklumat mengenai artis atau kumpulan
muzik rock Malaysia...aku rasa kalau aku kumpulkan kat blog aku ni...mungkin boleh di gunakan
sebagai bahan rujukan oleh generasi akan datang....